Kelas Usahawan Primadona Worldwide

12 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 11 ogos 2018, pihak pengurusan Pusat Internet Kg Surau bersama-sama dengan pengurusan Primadona Worldwide telah menganjurkan kelas usahawan untuk penduduk setempat. Kelas usahawan ini berlangsung di Pusat Internet Tambun Tulang dan disertai seramai 6 peserta. Kelas bermula dari jam 10.00 pagi hingga 11.30 pagi.

Kelas usahawan ini diadakan bertujuan untuk mempromosikan produk Primadona Worldwide disamping memberi latihan kemahiran komputer kepada peserta. Melalui kelas ini, peserta akan mula sedar akan kepentingan penggunaan ICT dalam bidang keusahawanan lantas menambah minat mereka untuk lebih berpengetahuan dalam bidang ICT.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali